Aluan Pengerusi

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh..   

Saya mengucapkan syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya masjid  al-islah Kampong Perik ini telah berjaya dibina dan telah memberi manfaat kepada anak-anak kariah dalam kawasan berhampiran.

Fungsi masjid adalah untuk menjadi pusat perkembangan syiar agama Islam dan adalah menjadi tanggungjawab setiap anak kariah untuk memainkan peranan masing-masing ke arah mencapai hasrat tersebut.

Saya mengajak semua anak-anak kariah kita untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini dalam usaha mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk kita bawa berjumpa dengan Yang Esa nanti. Perhiasan didunia adalah semata-mata ujian untuk meningkatkan darjat kita di sisi Allah.

Saya sentiasa berdoa agar masjid dan kariah kita sentiasa dalam peliharaan dan rahmat dari Allah dan segala cabaran yang kita hadapi untuk mengimarahkan masjid kita adalah dugaan  Allah. Marlah kita sama-sama memperkuatkan hubungan silatulrahim sesama kita dan terus berusaha untuk mengangkat dan meletakkan kesucian agama islam dipersada dunia.

Sekian, semua yang baik adalah dari Allah s.w.t

 

Ustaz Hj Hashim bin Saad

Imam/Pengerusi

JK Masjid Al-islah Kg Perik