Pengenalan

Pengenalan

Masjid Al-Islah kampong Perik telah mula dibina pada tahun 1992 di atas lot tanah yang di anggarkan berkeluasan lebih kurang 3 ekar. Pembinaannya telah siap pada tahun 1996 dan telah berjaya digunakan oleh anak-anak kariah menunaikan solat jumaat yang pertama pada 1hb Mac 1996.

Kedudukan geografi yang terletak dipertengahan jalan antara pekan Kuala Nerang dengan bandar Jitra menjadikan masjid ini sebagai pilihan bagi mereka yang dalam perjalanan. Lokalitinya yang mudah diakses dari jalan utama menambahkan ciri ciri keselesaan untuk sesiapa sahaja berhenti samada untuk solat atau berehat.

Kariah masjid as-islah merangkumi kampong perik, kampong baru lembah permai, kampong seberang dan kampong paya terap yang mencatat jumlah anak kariah lebih kurang 800 orang.

Pelbagai perkembangan dari segi infrastruktur dan  kemudahan  telah dilaksanakan sepanjang tempoh selepas  pembinaannya memberikan peningkatan wajah yang ketara kepada masjid ini. Walaupun tidak setanding dengan masjid-masjid yang moden dan terkini, banyak  program dan aktiviti telah dijalankan untuk memenuhi keperluan semasa.

Masjid al-islah boleh diakses melalui capaian internet di alamat http://al-islah.masjidperik.com